Kepada saudara saudari saya yang menerima Yesus dengan penindasan yang berat

1 Tesalonika 1:6-7

Dan kamu telah menjadi penurut kami  dan penurut Tuhan; dalam penindasan yang berat kamu telah menerima firman itu dengan sukacita  yang dikerjakan oleh Roh Kudus, sehingga kamu telah menjadi teladan untuk semua orang yang percaya di wilayah Makedonia dan Akhaya.

Kamu yang menerima firman Tuhan dengan sukacita menjadi teladan kepada kami semua.

Doa untuk misi Engkau

Beberapa hari lalu, saya telah menghadiri satu persidangan Kristian. Sebelum persidangan itu bermula, saya duduk diam sebentar dan membaca al-Kitab (kerana saya tiba awal di lokasi persidangan, bukan kerana saya orang yang sangat kudus atau apa-apa). Yohanes 9 menceritakan kisah Yesus mencelikkan mata seorang yang buta sejak lahirnya.

Yohanes 9:16.

“Beberapa orang Farisi itu berkata, ‘Orang yang melakukan hal ini tidak mungkin berasal daripada Allah, kerana Dia tidak mentaati peraturan hari Sabat.’ ”

——————————–

Tuhan, saya berdoa untuk diri saya serta saudara-saudari saya. Farisi-Farisi itu tidak sedar bahawa Tuhan di kalangan mereka kerana mereka terlalu megah. Kami bakal pergi ke tempat baru untuk misi kami ini – tolonglah kami merendahkan diri. Kami bukanlah Penyelamat orang-orang asli; hanya Engkau yang berupaya menyelamat. Bukalah hati dan minda kami supaya kami juga boleh belajar dari Engkau serta orang-orang asli yang bakal kami temui. Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, Amin.

My first BM post: Berjalan mengikut iman yang sedia ada

When I was in the US, I switched my Facebook account to Bahasa Malaysia. I read the news in BM, and also decided to finally start writing my journal in BM. Now that I’m back, I want to continue striving to maintain and even increase my proficiency in BM.

I apologize in advance to my readers who don’t read BM. I’ll still be posting things in English because it’s my heart language, but I want to make an effort to preserve another important language to me as well.

———————————–

Yohanes 11:1-16 menceritakan bahawa Yesus ingin pergi ke Yudea kerana Lazarus telah meninggal dunia.

Ayat 8. “Pengikut-pengikut-Nya menjawab, ‘Guru, baru sahaja orang Yahudi di situ hendak merejam Guru, dan sekarang Guru mahu balik lagi ke sana?’ “

Selepas Yesus terus menekan bahawa mereka harus pulang ke Yudea, berikut adalah jawapan pengikut-pengikut-Nya.

Ayat 16. “Tomas yang disebut Si Kembar berkata sesama pengikut Yesus, ‘Marilah kita pergi dengan Guru, supaya kami mati bersama-sama-Nya!’ “
————————

Apabila saya membaca ayat ini, Saya berhenti seketika dan merenungkan jawapan Tomas. Tomas mungkin tidak faham pada masa itu setakat manakah kuasa Tuhan. Sudah tentu dia mengetahui dan mempercayai bahawa Tuhan berkuasa, tetapi imannya belum begitu kuat lagi untuk percaya bahawa sekiranya Yesus ingin pergi ke Yudea untuk mencari Lazarus, Dia boleh melakukanya. Tiada sesiapa yang boleh menghalang Yesus.

Tetapi di sini saya ingin membawa fokus kita kepada kesediaan dan kerelaan si Tomas untuk pergi bersama Yesus kerana dia mengasihi Yesus dan faham akan kasih sayang Yesus terhadapnya. Ya, mungkin dia tidak memahami kuasa Tuhan sepenuhnya, tetapi dia tetap berjalan mengikut iman mereka yang sedia ada. Dan akhirnya, Yesus memeranjatkan Tomas serta pengikut-pengikutNya yang lain dengan membangkitkan Lazarus semula dari “tidur”. Puji Dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuhan, saya berdoa bahawa saya serta saudara-saudari saya akan berasa tergalak untuk terus berjalan mengikut iman yang sedia ada – Kau akan membekalkan selebihya. Kami tidak perlu takut dan risau kerana Kaulah yang berkata “Marilah kita pergi ke Yudea.” Kau tahu di mana “Yudea” kami dalam hidup kami. Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, Amin.